Followers

Wednesday, November 2, 2011

a moment to remember

kriinggggggggggggg!!! pagi-pagi dah bangun nak ke sekolah. rutin harian aku during weekdays la kan. and aku yg paling dekat dgn sekolah pun menjadi pelajar yang selalu lewat ke sekolah. pfftt.!!!
normal la kan. catwalk pula ke sekolah. harus lah lambat kadang-kadang. aku mengaku dulu kalau lmbat aku just gosok gigi and basuh muka. ( tu zaman jahiliah ).
di sekolah, for sure, semua mesti ada clique sendiri kan. menipu la kau duduk sorang-sorang hari-hari tercenguk kennn.
aku pun ada geng sendiri. since form 1 ada geng dah, tapi ahli sentiasa bertukar-tukar dari tahun ke tahun sampai lah ke tingkatan 5 dimana ahli remain the same.

( arwah duduk barisan hadapan, 2 dari kanan/sebelah pengawas sekolah bertudung. 2008 )

rasa mcm semalam je baru stayback pagi sbb ada ko basketball ( manly sgt aku dulu )
rasa mcm semalam beli air mineral kt bilik koko.
rasa mcm semalam edarkan buku spbt kat kwn2 lain and ponteng kelas sesuka hati je.
rasa mcm semalam je baru makan nasi lemak sama-sama kt belakang sekolah and ada cicak jatuh kat nasi salah sorang kwn aku and masing-masing mcm nonok menjerit-jerit. ( termasuk aku )
rasa mcm semalam je menunggu kat depan kelas kwn, sementara kelas sebelah belum dilepaskan utk waktu rehat mereka
rasa mcm semalam je baru meniru and saling menolong satu sama lain during exam kan..
rasa mcm semalam je baru ponteng kelas add math sbb bosan and selalu keluar dr pintu belakang.
rasa mcm semalam je baru catwalk balik sekolah and singgah kt acik spell' beli ais couple ( ais kepal )
rasa mcm semalam je singgah kedai kat makcik tepi sekolah tu pagi2 and belikan kwn2 lain yg kirim nasi lemak. letak dalam beg sekolah and satu beg bau nasi lemak punya sambal
rasa mcm semalam duduk dalam kelas during subjek pendidikan jasmani sbb malas nak sukan or nak siapkan homework tertangguh
rasa mcm semalam je baru baling-baling tepung depan sekolah bila abis paper geography
rasa mcm semalam je masing-masing barbeque depan rumah alia tanpa elektrik and mengharapkan lampu moto das.

semua rasa mcm baru terjadi..dan semua kenangan tu takkan dilupakan oleh aku..aku sayang kawan-kawan sekolah aku.. aku rindukan diorang semua..dan aku juga akan merinduikan arwah kawan baik aku 'ashila zulkifli '.

( arwah di berdiri tengah. pertghan tahun 2011 )

dia baru sahaja kembali ke rahmatullah semalam. dan aku rasakan baru semalam aku main basketball dgn dia, makan nasi lemak sama, barbeque sama, duduk dalam kelas sama, hias kelas sama, ponteng kelas sama, pergi tuisyen sama, jimba sana sini sama.....
beliau seorang yg cukup tabah dalam hidupkan.. hampir 2 tahun beliau berjuang dgn penyakitnya ( leukemia ). beliau sgt kuat dan sentiasa taknak kawan-kawannya risau.
kalau dia demam pun, 'ala,aku demam sikit je wei... nnti sihat aku keluar lah hospital'....walaupun keadaan nya kelihatan kurang sihat.. senyumannya tidak pernah putus kpd kwn-kwnya.dialah chillot. ( nama panggilan kwn2 )

sama-samalah kita doakan semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang beriman. dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al fatihah..



Ashila BT Zulkifli ( 4 september 1991 - 31 october 2011 )

8 comments:

  1. aku rindu zaman sekolah.
    arwah mmg kuat beb. lagi kuat dari kita semua.
    teruskan hidup dgn memori arwah. al-fatihah

    ReplyDelete
  2. arwah seorang wanita yg tabah dalam berjuang dgn penyakitnya.

    ReplyDelete
  3. Samelah,rindu saat2 tuh. Yup, arwah sgt tabah. Aku pon belom tentu boleh bertahan mcm die. Al fatihah.

    ReplyDelete
  4. Innalillah.
    Sedih nye xdapat jumpa dia for the last time.
    For sure aku xkan lupa ayat2 dia. sentiasa positif. xpenah mengadu dia sakit.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  5. aku pasti, arwah tau keadaan kwn2 dia masing2. and kt pun tk sangka akan kehilangan arwah pada masa terdekat ni

    ReplyDelete
  6. Salam, mungkin kau tak kenal aku. Tp aku baru tahu pasal arwah dah kembali ke rahmatullah. Sedih rasanya dah 7 tahun tak jumpa arwah. Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang yang beriman.

    Al-fatihah. Amin

    ReplyDelete
  7. aku rasa kau penah nmpk kot kau kt sek. aku dgn arwah kwn baik since form 3. main basketball sama, and form 4 makin rapat dah macm adik bradik. semua kt sek sama. harap krg bole sampaikan berita ni kt kwn2 dia yg lain. sbb im sure ramai lg tatau arwah dah kembali ke allah.

    al fatihah

    ReplyDelete